nostalgia ®
sila register untuk mendapatkan kepuasaan yang tiada tandingan...bersama nostalgia!!
nostalgia ®
sila register untuk mendapatkan kepuasaan yang tiada tandingan...bersama nostalgia!!
nostalgia ®
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Nostalgia Community 2009-2010 ®
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Free Our Mind
Mari Bersama-sama Dalam Dalam Perjuangan Jihad Cyber
Free Our Mind Crew © 2009
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» org pro nak masuk
40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeby just smile Thu Dec 13, 2012 12:42 pm

» How To hack Streamyx Account
40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeby just smile Wed Dec 12, 2012 10:24 am

» IZ FIBER menyelesaikan masalah sembelit, berat badan dan perut buncit
40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeby intan az Sat Jan 29, 2011 7:28 pm

» 5 Pantang Larang & 6 Syarat Pemakanan Elak Obesiti
40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeby intan az Sat Jan 29, 2011 7:26 pm

» Del Toro: Hari Pertamaku di Nostalgia Community! Sila beri tunjuk ajar...huhu!
40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeby Ran Del Toro Thu Nov 18, 2010 7:17 am

» Internet Paling Laju Di Dunia!-40GBps
40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeby uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sun Nov 14, 2010 10:48 pm

» mama jaapar is here nokss....
40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeby Ran Del Toro Sat Sep 11, 2010 10:07 am

» Mari Berbalas Pantun
40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeby unknow Sun Aug 08, 2010 11:06 pm

» SMS FREE (Untuk Celcom)
40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeby unknow Sun Aug 08, 2010 10:24 pm

» mana sume org
40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeby uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sat Jul 10, 2010 5:05 pm

» Kalau terjumpa atau ternampak hantu, apa nak buat?
40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeby noname Sun Apr 11, 2010 8:22 pm

» Berkumpul semula di Nostalgia...
40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeby noname Sun Apr 11, 2010 8:19 pm

» Jin Takut Pada Minyak Wangi...??
40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeby Laksamana Sunan Tue Mar 30, 2010 1:47 am

» Buzz That RapidShare Wait Limit
40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeby mr. O Tue Mar 16, 2010 5:31 am

» salam 1 malaysia
40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeby bridex Fri Mar 05, 2010 5:01 pm

» Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut.
40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeby noname Mon Feb 08, 2010 11:22 pm

» diari korang
40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeby Laksamana Sunan Sat Feb 06, 2010 11:40 pm

» Mozilla Firefox shortcut keys
40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeby waja Tue Jan 19, 2010 11:33 am

» Cara2 mencantikan PC anda..
40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeby Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

» Cara lajukan capaian internet
40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeby Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 322 on Sun Jan 17, 2010 11:19 pm

 

 40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami

Go down 
3 posters
AuthorMessage
uosɹǝdpǝɹıdxǝ
Anbu
Anbu
uosɹǝdpǝɹıdxǝ


Posts : 362
Join date : 2009-10-25

40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Empty
PostSubject: 40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami   40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeSat Oct 31, 2009 6:59 pm

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya... Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung..

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

40.. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.
Back to top Go down
ainD_Wunan
Anbu Senior
Anbu Senior



Posts : 603
Join date : 2009-10-01
Age : 67
Location : umah atas tanah di planet bumi

40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Empty
PostSubject: Re: 40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami   40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeSat Oct 31, 2009 9:18 pm

kahwin dulu baru rasa pahit dan manisnya....
Back to top Go down
http://norezschan.blogspot.com
uosɹǝdpǝɹıdxǝ
Anbu
Anbu
uosɹǝdpǝɹıdxǝ


Posts : 362
Join date : 2009-10-25

40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Empty
PostSubject: Re: 40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami   40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeSat Oct 31, 2009 10:18 pm

hahahahah.. betul2

good
Back to top Go down
[???]
Owner
Owner



Posts : 355
Join date : 2009-09-27

40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Empty
PostSubject: Re: 40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami   40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitimeSat Oct 31, 2009 11:12 pm

semoga aku tiada di dlm kalangn lelaki tersebut
Back to top Go down
Sponsored content





40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Empty
PostSubject: Re: 40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami   40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami Icon_minitime

Back to top Go down
 
40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» aPabila saHabaT jadi kEkaSih
» otak lelaki..betul ker
» Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami
» 50 LANGKAH MENJADI SUAMI MITHALI - Para isteri pun boleh baca
» Nak tau pe kelemahan lelaki?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
nostalgia ® :: Arena Celoteh :: Chitchat 24 Hours-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Forumotion.com