nostalgia ®
sila register untuk mendapatkan kepuasaan yang tiada tandingan...bersama nostalgia!!
nostalgia ®
sila register untuk mendapatkan kepuasaan yang tiada tandingan...bersama nostalgia!!
nostalgia ®
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Nostalgia Community 2009-2010 ®
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Free Our Mind
Mari Bersama-sama Dalam Dalam Perjuangan Jihad Cyber
Free Our Mind Crew © 2009
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» org pro nak masuk
Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeby just smile Thu Dec 13, 2012 12:42 pm

» How To hack Streamyx Account
Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeby just smile Wed Dec 12, 2012 10:24 am

» IZ FIBER menyelesaikan masalah sembelit, berat badan dan perut buncit
Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeby intan az Sat Jan 29, 2011 7:28 pm

» 5 Pantang Larang & 6 Syarat Pemakanan Elak Obesiti
Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeby intan az Sat Jan 29, 2011 7:26 pm

» Del Toro: Hari Pertamaku di Nostalgia Community! Sila beri tunjuk ajar...huhu!
Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeby Ran Del Toro Thu Nov 18, 2010 7:17 am

» Internet Paling Laju Di Dunia!-40GBps
Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeby uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sun Nov 14, 2010 10:48 pm

» mama jaapar is here nokss....
Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeby Ran Del Toro Sat Sep 11, 2010 10:07 am

» Mari Berbalas Pantun
Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeby unknow Sun Aug 08, 2010 11:06 pm

» SMS FREE (Untuk Celcom)
Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeby unknow Sun Aug 08, 2010 10:24 pm

» mana sume org
Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeby uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sat Jul 10, 2010 5:05 pm

» Kalau terjumpa atau ternampak hantu, apa nak buat?
Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeby noname Sun Apr 11, 2010 8:22 pm

» Berkumpul semula di Nostalgia...
Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeby noname Sun Apr 11, 2010 8:19 pm

» Jin Takut Pada Minyak Wangi...??
Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeby Laksamana Sunan Tue Mar 30, 2010 1:47 am

» Buzz That RapidShare Wait Limit
Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeby mr. O Tue Mar 16, 2010 5:31 am

» salam 1 malaysia
Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeby bridex Fri Mar 05, 2010 5:01 pm

» Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut.
Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeby noname Mon Feb 08, 2010 11:22 pm

» diari korang
Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeby Laksamana Sunan Sat Feb 06, 2010 11:40 pm

» Mozilla Firefox shortcut keys
Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeby waja Tue Jan 19, 2010 11:33 am

» Cara2 mencantikan PC anda..
Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeby Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

» Cara lajukan capaian internet
Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeby Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests

None

Most users ever online was 322 on Sun Jan 17, 2010 11:19 pm

 

 Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami

Go down 
3 posters
AuthorMessage
Guest
Guest




Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Empty
PostSubject: Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami   Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeThu Oct 01, 2009 8:40 pm

Kata orang, cinta ini tidak mengenal usia. Tidak juga dibataskan dengan paras rupa. Anda cinta sudah menebal, yang molek sahaja disaji mata. Mungkin inilah yang dikatakan cinta itu buta! Namun, andai cinta itu menjadi punca kesihatan dan penampilan diri diabaikan, rasanya sudah tiba masa untuk anda sedar daripada lamunan cinta itu.

Mungkin bagi pasangan yang baru berkahwin, pelbagai persediaan telah dilakukan. Banyak perkara yang perlu difikirkan seperti berkongsi rumah, kereta dan mungkin kewangan. Ya, sememangnya perkahwinan itu adalah perkongsian hidup. Bagaimanapun, harus diingatkan bahawa tidak semua perkara perlu dikongsi bersama lebih-lebih lagi jika ia menyentuh soal makan.

Di awal perkahwinan, ada sebahagian pasangan yang menghadapi kesukaran dalam menentukan pilihan tempat makan (sama ada di rumah atau di luar), apakah hidangan yang perlu disediakan (nasi campur atau hidangan barat) dan apakah kaedah masakan (memanggang atau menggoreng).

Kajian yang dilakukan di British menunjukkan golongan suri rumah merupakan pihak yang lazimnya akan berkompromi bagi memenuhi tabiat makan si suami. Kesan daripada hal ini adalah mereka turut sama mengalami peningkatan berat badan.

Penulis buku berjudul "Your Diet Is Driving Me Crazy", Cynthia Sass, menjelaskan terdapat empat jenis konflik makanan yang biasa dihadapi. Turut dikongsikan bersama adalah nasihat bagaimana untuk mengekalkan hubungan perkahwinan yang harmoni dan pada masa yang sama dapat menjaga berat badan dengan berkesan.

1. Konflik: Suami boleh makan apa jua yang diinginkannya tanpa pertambahan berat badan. Sementara anda pula terpaksa menjaga kalori pada makanan yang diambil sekerap yang mungkin untuk mengekalkan bentuk badan yang langsing.

Bagaimana Cara Menghadapinya?

Apabila anda mulai berasa cemburu dengan suami anda tentang berat badannya yang tidak bertambah, segeralah mengingatkan diri bahawa dia tidak bertujuan untuk menyakitkan hati anda. Suka membandingkan diri dengan orang lain sememangnya merupakan sikap semula jadi manusia. Pun begitu, ketahuilah bahawa lelaki biasanya memerlukan 20% hingga 30% lebih banyak kalori berbanding wanita bagi memastikan badan mereka sentiasa sihat dan bertenaga. Sekiranya konflik ini masih menghantui anda, mintalah suami anda agar tidak makan di hadapan anda.

2. Konflik: Suami anda pulang lewat dari pejabat dan meminta agar anda menemaninya makan malam sekembalinya dia ke rumah. Anda pula berasa lapar dan tidak mampu menunggunya. Justeru akhirnya, anda makan dua kali pada malam itu.

Bagaimana cara menghadapinya?

Kebanyakan pasangan yang baru mendirikan rumahtangga beranggapan bahawa menikmati makan malam bersama adalah petanda bahawa hubungan yang terjalin berjalan dengan lancar. Memandangkan masa untuk berdua-duaan adalah lebih penting berbanding makanan, anda boleh membahagikan hidangan makan malam anda kepada dua di mana bahagian yang pertama (hidangan berat) dimakan terlebih dahulu iaitu ketika lapar, manakala bahagian kedua pula (hidangan ringan) dimakan kemudian bersama suami apabila dia pulang ke rumah nanti.

3. Konflik: Suami anda menunjukkan rasa cintanya dengan memberikan hadiah berupa sekotak besar coklat.

Bagaimana Cara Menghadapinya?

Jika anda menolak pemberiannya itu, dia mungkin akan terasa hati dan beranggapan anda menolak cinta murninya kepada anda. Jangan bimbang kerana anda tidak perlu berbuat demikian. Jalan penyelesaiannya adalah dengan hanya memakan satu atau dua ketul coklat tersebut dan berikan selebihnya kepada keluarga anda. Kemudian, beritahu kepada suami anda betapa anda sangat menghargai pemberiannya itu tetapi ada juga beberapa cara lain yang boleh dilakukannya sebagai menyatakan rasa cintanya kepada anda. Cadangkan kepadanya beberapa perkara lain yang boleh dilakukan seperti menawarkan diri mengurut kaki anda, atau mungkin sekadar mengangkat kain di jemuran.

4. Konflik: Berat badan suami anda sudah meningkat 10kg dan anda berusaha untuk membantunya menikmati makanan yang sihat telah disalah ertikan. Seterusnya, usaha anda menuju ke jalan buntu.

Bagaimana cara menghadapinya?

Mengubah atau menentukan diet suami anda mungkin akan membuatkannya berasa seolah-olah anda cuba mengawal dirinya. Apa yang boleh anda lakukan adalah mulakan membeli snek sihat dan pilihlah daging mentah yang rendah lemak untuk hidangan makan malam bersama. Selain itu, penuhi kabinet dapur dan peti sejuk di rumah dengan makanan yang rendah lemak dan kolesterol. Dengan cara ini, tabiat suami anda yang suka makan apa sahaja makanan yang ada di rumah secara tidak langsung akan terpelihara, tanpa perlu anda berleter atau mengongkongnya.
Back to top Go down
PiRaTe_KinG
Moderator
Moderator
PiRaTe_KinG


Posts : 515
Join date : 2009-09-27

Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Empty
PostSubject: Re: Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami   Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeFri Oct 02, 2009 3:52 am

hehehehehe..jynn dah kawin ker?? wahahahahahahhaa..
Back to top Go down
noname
Moderator
Moderator
noname


Posts : 55
Join date : 2009-10-02

Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Empty
PostSubject: Re: Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami   Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeFri Oct 02, 2009 9:00 pm

king...ayat nampak...
Back to top Go down
Guest
Guest




Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Empty
PostSubject: Re: Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami   Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeSat Oct 03, 2009 5:02 am

lum g rr... single ne.. Very Happy Razz Embarassed
Back to top Go down
mysterious
Genin Senior
Genin Senior
mysterious


Posts : 60
Join date : 2009-10-27

Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Empty
PostSubject: Re: Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami   Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitimeWed Oct 28, 2009 10:35 am

affraid suami bagi apa leh buat gemuk Question
xpun mungkin istri xjaga bdn kowt
Back to top Go down
Sponsored content





Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Empty
PostSubject: Re: Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami   Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami Icon_minitime

Back to top Go down
 
Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Aku tinggalkan cinta kerana Allah swt..
» Tips Mengurangkan Berat Badan
» Hukum Isteri Meleteri Suami..
» 10 Gerak Badan Yang Menggoda Lelaki..!!!~ (Tips Untuk Wanita)
» IZ FIBER menyelesaikan masalah sembelit, berat badan dan perut buncit

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
nostalgia ® :: Info dan Tips :: Tips & Nasihat-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Forumotion.com