nostalgia ®
sila register untuk mendapatkan kepuasaan yang tiada tandingan...bersama nostalgia!!
nostalgia ®
sila register untuk mendapatkan kepuasaan yang tiada tandingan...bersama nostalgia!!
nostalgia ®
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Nostalgia Community 2009-2010 ®
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Free Our Mind
Mari Bersama-sama Dalam Dalam Perjuangan Jihad Cyber
Free Our Mind Crew © 2009
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» org pro nak masuk
Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeby just smile Thu Dec 13, 2012 12:42 pm

» How To hack Streamyx Account
Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeby just smile Wed Dec 12, 2012 10:24 am

» IZ FIBER menyelesaikan masalah sembelit, berat badan dan perut buncit
Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeby intan az Sat Jan 29, 2011 7:28 pm

» 5 Pantang Larang & 6 Syarat Pemakanan Elak Obesiti
Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeby intan az Sat Jan 29, 2011 7:26 pm

» Del Toro: Hari Pertamaku di Nostalgia Community! Sila beri tunjuk ajar...huhu!
Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeby Ran Del Toro Thu Nov 18, 2010 7:17 am

» Internet Paling Laju Di Dunia!-40GBps
Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeby uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sun Nov 14, 2010 10:48 pm

» mama jaapar is here nokss....
Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeby Ran Del Toro Sat Sep 11, 2010 10:07 am

» Mari Berbalas Pantun
Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeby unknow Sun Aug 08, 2010 11:06 pm

» SMS FREE (Untuk Celcom)
Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeby unknow Sun Aug 08, 2010 10:24 pm

» mana sume org
Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeby uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sat Jul 10, 2010 5:05 pm

» Kalau terjumpa atau ternampak hantu, apa nak buat?
Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeby noname Sun Apr 11, 2010 8:22 pm

» Berkumpul semula di Nostalgia...
Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeby noname Sun Apr 11, 2010 8:19 pm

» Jin Takut Pada Minyak Wangi...??
Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeby Laksamana Sunan Tue Mar 30, 2010 1:47 am

» Buzz That RapidShare Wait Limit
Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeby mr. O Tue Mar 16, 2010 5:31 am

» salam 1 malaysia
Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeby bridex Fri Mar 05, 2010 5:01 pm

» Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut.
Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeby noname Mon Feb 08, 2010 11:22 pm

» diari korang
Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeby Laksamana Sunan Sat Feb 06, 2010 11:40 pm

» Mozilla Firefox shortcut keys
Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeby waja Tue Jan 19, 2010 11:33 am

» Cara2 mencantikan PC anda..
Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeby Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

» Cara lajukan capaian internet
Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeby Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 322 on Sun Jan 17, 2010 11:19 pm

 

 Nak tau pe kelemahan lelaki?

Go down 
+3
ainD_Wunan
neofairy
Laksamana Sunan
7 posters
AuthorMessage
Laksamana Sunan
Moderator
Moderator
Laksamana Sunan


Posts : 714
Join date : 2009-09-27
Age : 37
Location : dalam jasad manusia

Nak tau pe kelemahan lelaki? Empty
PostSubject: Nak tau pe kelemahan lelaki?   Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeSat Oct 24, 2009 11:06 am

just nk kongsi pe yg ak jumpe kt intrnet tdi..

Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita.Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.

Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.

Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.

Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.

Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.

Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.

Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.

Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua
Back to top Go down
neofairy
Admin
Admin
neofairy


Posts : 527
Join date : 2009-09-27
Age : 114
Location : Holy Land, Jurusalem

Nak tau pe kelemahan lelaki? Empty
PostSubject: Re: Nak tau pe kelemahan lelaki?   Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeSat Oct 24, 2009 11:08 am

hahaha, gud info wan! chaiyok2 untuk lagenda ss!
Back to top Go down
ainD_Wunan
Anbu Senior
Anbu Senior



Posts : 603
Join date : 2009-10-01
Age : 67
Location : umah atas tanah di planet bumi

Nak tau pe kelemahan lelaki? Empty
PostSubject: Re: Nak tau pe kelemahan lelaki?   Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeSat Oct 24, 2009 11:19 am

Quote :
Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi.

wah..mmg best shopping benda2 seperti di atas...
Back to top Go down
http://norezschan.blogspot.com
PiRaTe_KinG
Moderator
Moderator
PiRaTe_KinG


Posts : 515
Join date : 2009-09-27

Nak tau pe kelemahan lelaki? Empty
PostSubject: Re: Nak tau pe kelemahan lelaki?   Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeSat Oct 24, 2009 8:23 pm

chayok2 wan..sokong wan sbg lagenda ss sebenar!!!!!!
Back to top Go down
[???]
Owner
Owner



Posts : 355
Join date : 2009-09-27

Nak tau pe kelemahan lelaki? Empty
PostSubject: Re: Nak tau pe kelemahan lelaki?   Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeSat Oct 24, 2009 8:57 pm

Quote :
Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita.Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

info yg berguna..mmg benar apa yg tuan tanah post...
Back to top Go down
PiRaTe_KinG
Moderator
Moderator
PiRaTe_KinG


Posts : 515
Join date : 2009-09-27

Nak tau pe kelemahan lelaki? Empty
PostSubject: Re: Nak tau pe kelemahan lelaki?   Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeSun Oct 25, 2009 12:36 am

neofairy wrote:
hahaha, gud info wan! chaiyok2 untuk lagenda ss!

chayok2 Laksamana Sunan SS (LSSS) sebagai Lagenda SS Nostalgia yg pertama!!!
Back to top Go down
Admin
Admin
Admin
Admin


Posts : 88
Join date : 2009-09-27

Nak tau pe kelemahan lelaki? Empty
PostSubject: Re: Nak tau pe kelemahan lelaki?   Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeSun Oct 25, 2009 2:22 am

nice infooo....sebut pasal ss...
tarikh ttup mengundi dah dekat!!...
so apa yg kita nampk poll masih pirateee..
hehehehe...

info yg berguna...boleh letakkn dlm file aku ini
Back to top Go down
http://nostalgia.heavenforum.com
ainD_Wunan
Anbu Senior
Anbu Senior



Posts : 603
Join date : 2009-10-01
Age : 67
Location : umah atas tanah di planet bumi

Nak tau pe kelemahan lelaki? Empty
PostSubject: Re: Nak tau pe kelemahan lelaki?   Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeSun Oct 25, 2009 2:13 am

...yakin dari dulu pirate ialah Lagenda SS yg ditunggu selama ini....
Back to top Go down
http://norezschan.blogspot.com
PiRaTe_KinG
Moderator
Moderator
PiRaTe_KinG


Posts : 515
Join date : 2009-09-27

Nak tau pe kelemahan lelaki? Empty
PostSubject: Re: Nak tau pe kelemahan lelaki?   Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeSun Oct 25, 2009 10:41 am

aku bknnye legenda ss yg ditunggu2..aku lah raja lanun..hehehehehe
Back to top Go down

VVIP
VVIP
♥


Posts : 65
Join date : 2009-09-27

Nak tau pe kelemahan lelaki? Empty
PostSubject: Re: Nak tau pe kelemahan lelaki?   Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeSun Oct 25, 2009 7:38 pm

hebat! memang hebat.. Bila Laksamana Sunan Berkata...
Back to top Go down
Laksamana Sunan
Moderator
Moderator
Laksamana Sunan


Posts : 714
Join date : 2009-09-27
Age : 37
Location : dalam jasad manusia

Nak tau pe kelemahan lelaki? Empty
PostSubject: Re: Nak tau pe kelemahan lelaki?   Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeSun Oct 25, 2009 7:45 pm

♥ wrote:
hebat! memang hebat.. Bila Laksamana Sunan Berkata...

hahaha..org lain yang berkata2..aku cuma menyampaikan apa yang aku jmpa..
Back to top Go down

VVIP
VVIP
♥


Posts : 65
Join date : 2009-09-27

Nak tau pe kelemahan lelaki? Empty
PostSubject: Re: Nak tau pe kelemahan lelaki?   Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitimeSun Oct 25, 2009 7:48 pm

Laksamana Sunan wrote:

hahaha..org lain yang berkata2..aku cuma menyampaikan apa yang aku jmpa..

hahahaha.. tapi tetap terbaik! artikel ini juga boleh bagi semangat untuk lelaki, senang sket perbaiki diri..

betul tak Laksamana Sunan?
Back to top Go down
Sponsored content





Nak tau pe kelemahan lelaki? Empty
PostSubject: Re: Nak tau pe kelemahan lelaki?   Nak tau pe kelemahan lelaki? Icon_minitime

Back to top Go down
 
Nak tau pe kelemahan lelaki?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» otak lelaki..betul ker
» Bagaimana Memilih Lelaki
» Lelaki & sperma tak relevan
» Lelaki Acuan Al-Quran
» Tips!!! : Mengenal Lelaki Baik

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
nostalgia ® :: Info dan Tips :: Tips & Nasihat-
Jump to:  
Create a forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Forumotion.com