nostalgia ®
sila register untuk mendapatkan kepuasaan yang tiada tandingan...bersama nostalgia!!
nostalgia ®
sila register untuk mendapatkan kepuasaan yang tiada tandingan...bersama nostalgia!!
nostalgia ®
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Nostalgia Community 2009-2010 ®
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Free Our Mind
Mari Bersama-sama Dalam Dalam Perjuangan Jihad Cyber
Free Our Mind Crew © 2009
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» org pro nak masuk
60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeby just smile Thu Dec 13, 2012 12:42 pm

» How To hack Streamyx Account
60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeby just smile Wed Dec 12, 2012 10:24 am

» IZ FIBER menyelesaikan masalah sembelit, berat badan dan perut buncit
60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeby intan az Sat Jan 29, 2011 7:28 pm

» 5 Pantang Larang & 6 Syarat Pemakanan Elak Obesiti
60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeby intan az Sat Jan 29, 2011 7:26 pm

» Del Toro: Hari Pertamaku di Nostalgia Community! Sila beri tunjuk ajar...huhu!
60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeby Ran Del Toro Thu Nov 18, 2010 7:17 am

» Internet Paling Laju Di Dunia!-40GBps
60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeby uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sun Nov 14, 2010 10:48 pm

» mama jaapar is here nokss....
60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeby Ran Del Toro Sat Sep 11, 2010 10:07 am

» Mari Berbalas Pantun
60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeby unknow Sun Aug 08, 2010 11:06 pm

» SMS FREE (Untuk Celcom)
60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeby unknow Sun Aug 08, 2010 10:24 pm

» mana sume org
60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeby uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sat Jul 10, 2010 5:05 pm

» Kalau terjumpa atau ternampak hantu, apa nak buat?
60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeby noname Sun Apr 11, 2010 8:22 pm

» Berkumpul semula di Nostalgia...
60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeby noname Sun Apr 11, 2010 8:19 pm

» Jin Takut Pada Minyak Wangi...??
60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeby Laksamana Sunan Tue Mar 30, 2010 1:47 am

» Buzz That RapidShare Wait Limit
60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeby mr. O Tue Mar 16, 2010 5:31 am

» salam 1 malaysia
60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeby bridex Fri Mar 05, 2010 5:01 pm

» Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut.
60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeby noname Mon Feb 08, 2010 11:22 pm

» diari korang
60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeby Laksamana Sunan Sat Feb 06, 2010 11:40 pm

» Mozilla Firefox shortcut keys
60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeby waja Tue Jan 19, 2010 11:33 am

» Cara2 mencantikan PC anda..
60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeby Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

» Cara lajukan capaian internet
60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeby Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 322 on Sun Jan 17, 2010 11:19 pm

 

 60 Petua Untuk Mencari Jodoh

Go down 
3 posters
AuthorMessage
Laksamana Sunan
Moderator
Moderator
Laksamana Sunan


Posts : 714
Join date : 2009-09-27
Age : 37
Location : dalam jasad manusia

60 Petua Untuk Mencari Jodoh Empty
PostSubject: 60 Petua Untuk Mencari Jodoh   60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeSun Dec 13, 2009 11:25 am

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat.Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti 'magnet' yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat
taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh
berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk
berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi
perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan,pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda.Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa : sama-sama gembira, sedih, terperanjat,benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan : tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian,pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal
pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarikanda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal
pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau
kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami
terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman, bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah.
Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
Back to top Go down
ainD_Wunan
Anbu Senior
Anbu Senior



Posts : 603
Join date : 2009-10-01
Age : 67
Location : umah atas tanah di planet bumi

60 Petua Untuk Mencari Jodoh Empty
PostSubject: Re: 60 Petua Untuk Mencari Jodoh   60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeMon Dec 14, 2009 8:06 am

Manja nak share petua nie dgn kwn2 yg blum ketemu jodohnya......
Back to top Go down
http://norezschan.blogspot.com
Panglime angkatan askar
Ninja 1
Ninja 1
Panglime angkatan askar


Posts : 17
Join date : 2009-12-03
Age : 67
Location : Hamburg, Germany, Earth

60 Petua Untuk Mencari Jodoh Empty
PostSubject: Re: 60 Petua Untuk Mencari Jodoh   60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitimeTue Dec 15, 2009 4:59 pm

senyum
Back to top Go down
Sponsored content





60 Petua Untuk Mencari Jodoh Empty
PostSubject: Re: 60 Petua Untuk Mencari Jodoh   60 Petua Untuk Mencari Jodoh Icon_minitime

Back to top Go down
 
60 Petua Untuk Mencari Jodoh
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Petua untuk bahagia
» Tips untuk cepat dapat jodoh...
» Tanah untuk mencipta Adam As
» 8 Petanda Dia adalah Jodoh Kamu
» Tips Untuk Survive Percintaan Jarak Jauh

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
nostalgia ® :: Info dan Tips :: Tentang Cinta-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Forumotion.com