Free Our Mind | Mari Bersama-sama Dalam Dalam Perjuangan Jihad CyberFree Our Mind Crew © 2009 |
Latest topics | » org pro nak masuk by just smile Thu Dec 13, 2012 12:42 pm
» How To hack Streamyx Account by just smile Wed Dec 12, 2012 10:24 am
» IZ FIBER menyelesaikan masalah sembelit, berat badan dan perut buncit by intan az Sat Jan 29, 2011 7:28 pm
» 5 Pantang Larang & 6 Syarat Pemakanan Elak Obesiti by intan az Sat Jan 29, 2011 7:26 pm
» Del Toro: Hari Pertamaku di Nostalgia Community! Sila beri tunjuk ajar...huhu! by Ran Del Toro Thu Nov 18, 2010 7:17 am
» Internet Paling Laju Di Dunia!-40GBps by uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sun Nov 14, 2010 10:48 pm
» mama jaapar is here nokss.... by Ran Del Toro Sat Sep 11, 2010 10:07 am
» Mari Berbalas Pantun by unknow Sun Aug 08, 2010 11:06 pm
» SMS FREE (Untuk Celcom) by unknow Sun Aug 08, 2010 10:24 pm
» mana sume org by uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sat Jul 10, 2010 5:05 pm
» Kalau terjumpa atau ternampak hantu, apa nak buat? by noname Sun Apr 11, 2010 8:22 pm
» Berkumpul semula di Nostalgia... by noname Sun Apr 11, 2010 8:19 pm
» Jin Takut Pada Minyak Wangi...?? by Laksamana Sunan Tue Mar 30, 2010 1:47 am
» Buzz That RapidShare Wait Limit by mr. O Tue Mar 16, 2010 5:31 am
» salam 1 malaysia by bridex Fri Mar 05, 2010 5:01 pm
» Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut. by noname Mon Feb 08, 2010 11:22 pm
» diari korang by Laksamana Sunan Sat Feb 06, 2010 11:40 pm
» Mozilla Firefox shortcut keys by waja Tue Jan 19, 2010 11:33 am
» Cara2 mencantikan PC anda.. by Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm
» Cara lajukan capaian internet by Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm
|
Who is online? | In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot None Most users ever online was 322 on Sun Jan 17, 2010 11:19 pm |
|
| Tips Untuk Survive Percintaan Jarak Jauh | |
| | Author | Message |
---|
[???] Owner
Posts : 355 Join date : 2009-09-27
| Subject: Tips Untuk Survive Percintaan Jarak Jauh Mon Nov 09, 2009 2:36 am | |
| Tips Untuk Survive Percintaan Jarak Jauh
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.
Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?
Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.
Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.
Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.
Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia. | |
| | | bridex Helper
Posts : 151 Join date : 2009-10-07
| Subject: Re: Tips Untuk Survive Percintaan Jarak Jauh Mon Nov 09, 2009 9:40 am | |
| | |
| | | ainD_Wunan Anbu Senior
Posts : 603 Join date : 2009-10-01 Age : 67 Location : umah atas tanah di planet bumi
| Subject: Re: Tips Untuk Survive Percintaan Jarak Jauh Mon Nov 09, 2009 1:27 pm | |
| penah alami...tak berjaya.... | |
| | | neofairy Admin
Posts : 527 Join date : 2009-09-27 Age : 114 Location : Holy Land, Jurusalem
| Subject: Re: Tips Untuk Survive Percintaan Jarak Jauh Mon Nov 09, 2009 1:38 pm | |
| erm, mcm susah je cinta jarak jauh nie. pernah beberapa kali juga la cinta jarak jauh. jarak dekat la best.. boleh selalu jumpa. | |
| | | Laksamana Sunan Moderator
Posts : 714 Join date : 2009-09-27 Age : 37 Location : dalam jasad manusia
| Subject: Re: Tips Untuk Survive Percintaan Jarak Jauh Mon Nov 09, 2009 1:49 pm | |
| jarak jauh best...boleh selalu guna alasan OUTSTATION....hahahaha jarak dekat lagi best..bleh selalu meluangkan masa berdua.. | |
| | | neofairy Admin
Posts : 527 Join date : 2009-09-27 Age : 114 Location : Holy Land, Jurusalem
| Subject: Re: Tips Untuk Survive Percintaan Jarak Jauh Mon Nov 09, 2009 1:50 pm | |
| jarak jauh senang nak curang. jarak dkat senang nak... wakaka | |
| | | Laksamana Sunan Moderator
Posts : 714 Join date : 2009-09-27 Age : 37 Location : dalam jasad manusia
| Subject: Re: Tips Untuk Survive Percintaan Jarak Jauh Mon Nov 09, 2009 2:02 pm | |
| - neofairy wrote:
- jarak jauh senang nak curang. jarak dkat senang nak... wakaka
ape maksud saudara ?mcm tergantung je ayat itu.....? maafkan kami..kami kurg mengerti.. | |
| | | neofairy Admin
Posts : 527 Join date : 2009-09-27 Age : 114 Location : Holy Land, Jurusalem
| Subject: Re: Tips Untuk Survive Percintaan Jarak Jauh Mon Nov 09, 2009 3:29 pm | |
| ahaha. tu kena pakar menjawabnya. hamba kurng arif bab2 ini. | |
| | | bridex Helper
Posts : 151 Join date : 2009-10-07
| Subject: Re: Tips Untuk Survive Percintaan Jarak Jauh Mon Nov 09, 2009 3:39 pm | |
| | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: Tips Untuk Survive Percintaan Jarak Jauh | |
| |
| | | | Tips Untuk Survive Percintaan Jarak Jauh | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
|
|