Wanita dan kosmetik memang tidak boleh dipisahkan. Namun berwaspadalah sekiranya bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkannya turut menyenaraikan merkuri, asid Retinoat, pewarna Rhodamin (Merah K.10) dan merah K.3.
Untuk makluman kesemua produk yang mengandungi bahan tersebut diklasifikasikan sebagai bahaya. Jika anda terus berdegil dan tetap menggunakannya, tunggulah kerosakan kekal yang boleh berlaku pada otak, ginjal dan sistem saraf.
Merkuri misalnya boleh menyebabkan perubahan warna kulit menjadi bintik-bintik hitam pada kulit, alergi, iritasi kulit dan kerosakan kekal janin. Manakala, asid retonoat menyebabkan kulit kering dan rasa terbakar. Sementara itu, bahan pewarna merah K.10 (Rhodamin B) dan Merah K.3 yang umumnya digunakan sebagai pewarna kertas dan tekstil boleh menyebabkan kanser.