nostalgia ®
sila register untuk mendapatkan kepuasaan yang tiada tandingan...bersama nostalgia!!
nostalgia ®
sila register untuk mendapatkan kepuasaan yang tiada tandingan...bersama nostalgia!!
nostalgia ®
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Nostalgia Community 2009-2010 ®
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Free Our Mind
Mari Bersama-sama Dalam Dalam Perjuangan Jihad Cyber
Free Our Mind Crew © 2009
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» org pro nak masuk
Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeby just smile Thu Dec 13, 2012 12:42 pm

» How To hack Streamyx Account
Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeby just smile Wed Dec 12, 2012 10:24 am

» IZ FIBER menyelesaikan masalah sembelit, berat badan dan perut buncit
Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeby intan az Sat Jan 29, 2011 7:28 pm

» 5 Pantang Larang & 6 Syarat Pemakanan Elak Obesiti
Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeby intan az Sat Jan 29, 2011 7:26 pm

» Del Toro: Hari Pertamaku di Nostalgia Community! Sila beri tunjuk ajar...huhu!
Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeby Ran Del Toro Thu Nov 18, 2010 7:17 am

» Internet Paling Laju Di Dunia!-40GBps
Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeby uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sun Nov 14, 2010 10:48 pm

» mama jaapar is here nokss....
Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeby Ran Del Toro Sat Sep 11, 2010 10:07 am

» Mari Berbalas Pantun
Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeby unknow Sun Aug 08, 2010 11:06 pm

» SMS FREE (Untuk Celcom)
Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeby unknow Sun Aug 08, 2010 10:24 pm

» mana sume org
Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeby uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sat Jul 10, 2010 5:05 pm

» Kalau terjumpa atau ternampak hantu, apa nak buat?
Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeby noname Sun Apr 11, 2010 8:22 pm

» Berkumpul semula di Nostalgia...
Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeby noname Sun Apr 11, 2010 8:19 pm

» Jin Takut Pada Minyak Wangi...??
Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeby Laksamana Sunan Tue Mar 30, 2010 1:47 am

» Buzz That RapidShare Wait Limit
Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeby mr. O Tue Mar 16, 2010 5:31 am

» salam 1 malaysia
Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeby bridex Fri Mar 05, 2010 5:01 pm

» Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut.
Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeby noname Mon Feb 08, 2010 11:22 pm

» diari korang
Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeby Laksamana Sunan Sat Feb 06, 2010 11:40 pm

» Mozilla Firefox shortcut keys
Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeby waja Tue Jan 19, 2010 11:33 am

» Cara2 mencantikan PC anda..
Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeby Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

» Cara lajukan capaian internet
Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeby Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests

None

Most users ever online was 322 on Sun Jan 17, 2010 11:19 pm

 

 Sesi Pedidikan Jasmani : fasa lompat tinggi

Go down 
4 posters
AuthorMessage
Laksamana Sunan
Moderator
Moderator
Laksamana Sunan


Posts : 714
Join date : 2009-09-27
Age : 36
Location : dalam jasad manusia

Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Empty
PostSubject: Sesi Pedidikan Jasmani : fasa lompat tinggi   Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeThu Oct 22, 2009 4:24 pm

Fasa lompat tinggi


Biasanya, apabila murid-murid disuruh melompat sesuatu halangan, kebanyakan daripada mereka melompat menggunakan penujuan dari hadapan. Mereka jarang menggunakan penujuan dari sisi atau rusuk. Sebenarnya, dari segi prinsip mekanikal, teknik penujuan dari sisi adalah lebih berkesan.
Dalam Pendidikan Jasmani, latihan lompat tinggi hendaklah bertujuan membantu murid-murid mempelajari kemahiran melompat dan juga menyedarkan mereka tentang prinsip-prinsip asas lompatan. Penyampaian ini bolehlah dilakukan melalui aktiviti lompatan dan pengajaran secara ansur maju.

Fasa Lompat Tinggi


Gaya Lompat Tinggi
Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.
a) Gaya gunting
pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.
b) Gaya timur
pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan (90%). Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.
c) Gaya guling barat
penujuan ke palang adalah secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat “berguling” selari dengan palang untuk membuat pelepasan.
d) Gaya pelana
Gaya ini adalah hampir sama dengan gaya guling barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.
e) Gaya Fosbury Flop
Penujuan ke palang sebelum pelompat melonjak adalah secara melengkung. Pelompat melepasi palang dengan membelakangi palang.
Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. Walau bagaimanapun masih ada guru yang mengajar gaya gunting kepada murid-muridnya meskipun gaya ini mempunyai banyak kekurangan. Mengikut prinsip mekanikal, gaya ini kurang berkesan kerana seluruh berat badan pelompat terpaksa dibawa lebih tinggi dari paras palang sebelum pelepasan dapat dilakukan dalam keadaan berlunjur. Meskipun demikian, gaya gunting masih boleh diajar di atas sebab-sebab yang lain.
Gaya pelana adalah suatu gaya lompatan yang sesuai untuk pelompat yang mempunyai kaki lompatan yang kuat. Bagi gaya Fosbury Flop pulapelompat yang nahir dalam penujuannya akan dapat melepasi palang dengan mudah. Murid yang telah biasa dengan gaya gunting tidak akan menemui kesulitan apabila diajar teknik lompatan Fosbury Flop. Cara membuat lonjakan bagi gaya gunting mempunyai banyak persamaan dengan cara membuat lonjakan bagi gaya Fosbury Flop.

Gaya pelana
a) Penujuan
Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan terkawal. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir.
b) Lonjakan
Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendaklah melompat dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki. Serentak dengan tolakann ini, kaki bebas dihayun dengan kencang ke atas paras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas.
c) Layangan
Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada dalam keadaan hampir selari dengan palang yang berada di bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.
d) Pendaratan
Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian belakang badan.

KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN DALAM LOMPAT TINGGI GAYA PELANA

a) Larian menuju palang terlalu pantas hingga tidak terkawal.
b) Badan ke hadapan semasa bahagian tumit kaki lonjak mencecah tanah.
c) Kaki bebas tidak dihayun secara maksimum ke atas.
d) Badan dikilas terlalu awal sebelum bahagian kepala dan bahu kanan melepasi palang.

GAYA FOSBURY FLOP

Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang lompat tinggi di mana pelepasan palang dibuat dengan bahagian belakang (bahu) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir sama dengan bahagian tengkuk.

Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa murid-murid tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, guru mesti memastikan bahawa tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan.

a) Penujuan
Biasanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di mana tiga langkah terakhir itu adalah dalam bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu. Cara menentukan penujuan bagi gaya Fosbury Flop ditunjukkan dalam rajah di bawah.

b) Lonjakan
Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengakhiri larian yang melengkng, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakan yang semakin hampir selari dengan palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan. Lutut ini digerakkan secara melintang badan untuk membantu pusingan badan di udara supaya bahu menjadi selari dengan palang.

c) Layangan
Semasa di udara, pelompat menoleh ke belakang (memandang palang) sambil melentikkan badannya. Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan di bahagian lutut. Lentikan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat melepasi palang. Kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak ke atas. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan juga sebagai persediaan untuk pendaratan.

d) Pendaratan
Serentak dengan mengangkat kakinya ke atas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya (tulang belikat).

BUTIRAN MENGAJAR
a) Kepantasan masa penujuan hendaklah terkawal.
b) Gunakan tandaan semak supaya langkah-langkah larian menjadi sama atau seragam.
c) Melonjak cara meledak dan angkat kedua-dua belah tangan ke atas.
d) Lutut kaki bebas diangkat dan melintangi badan sebaik sahaja pelompat melonjak.
e) Lentikkan badan semasa melepasi palang.
f) Buka kaki sedikitsemasa meluruskannya ke atas.

PERATURAN ASAS ACARA LOMPAT TINGGI

a) Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.
b) Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian yang disukainya.
c) Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak melompat, menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat.
d) Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut (tanpa diambil kira di paras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada pertandingan.
e) Seserang peserta berhak meneruskan lompatannya (walaupun setelah semua peserta yang lain gagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut peraturan.
f) Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari paras tanah hingga ke bahagian tengah atas palang.



ps : tips berguna utk guru2 pengajian jasmani..
Back to top Go down
PiRaTe_KinG
Moderator
Moderator
PiRaTe_KinG


Posts : 515
Join date : 2009-09-27

Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Empty
PostSubject: Re: Sesi Pedidikan Jasmani : fasa lompat tinggi   Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeThu Oct 22, 2009 11:16 pm

lompat tinggi?? aku mmg fail..sebab aku pendek..hahahaha
Back to top Go down
[???]
Owner
Owner



Posts : 355
Join date : 2009-09-27

Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Empty
PostSubject: Re: Sesi Pedidikan Jasmani : fasa lompat tinggi   Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeFri Oct 23, 2009 3:59 am

perhhh wan..thanks wan..teringat aku ketika d zaman sekolah..
time wakil sekolah...nak tergelak pon ada bila fikir
balik wakakkakakakak
Back to top Go down
ainD_Wunan
Anbu Senior
Anbu Senior



Posts : 603
Join date : 2009-10-01
Age : 67
Location : umah atas tanah di planet bumi

Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Empty
PostSubject: Re: Sesi Pedidikan Jasmani : fasa lompat tinggi   Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeFri Oct 23, 2009 10:14 am

akan lompat bintang hanya bila terlalu gembira sahaja...heheh..
Back to top Go down
http://norezschan.blogspot.com
PiRaTe_KinG
Moderator
Moderator
PiRaTe_KinG


Posts : 515
Join date : 2009-09-27

Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Empty
PostSubject: Re: Sesi Pedidikan Jasmani : fasa lompat tinggi   Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeSat Oct 24, 2009 1:23 am

cmne gayanye ekk...hehehehe
Back to top Go down
ainD_Wunan
Anbu Senior
Anbu Senior



Posts : 603
Join date : 2009-10-01
Age : 67
Location : umah atas tanah di planet bumi

Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Empty
PostSubject: Re: Sesi Pedidikan Jasmani : fasa lompat tinggi   Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeSat Oct 24, 2009 1:52 am

Quote :
cmne gayanye ekk...hehehehe

perlu ker disertakan gambo contoh...hehhe..
Back to top Go down
http://norezschan.blogspot.com
PiRaTe_KinG
Moderator
Moderator
PiRaTe_KinG


Posts : 515
Join date : 2009-09-27

Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Empty
PostSubject: Re: Sesi Pedidikan Jasmani : fasa lompat tinggi   Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitimeSat Oct 24, 2009 1:55 am

bleh gak..dah tanye pakcik google dan makcik wiki pon diorang xleh jawab..huhuhuhu
Back to top Go down
Sponsored content





Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Empty
PostSubject: Re: Sesi Pedidikan Jasmani : fasa lompat tinggi   Sesi Pedidikan Jasmani :  fasa lompat tinggi Icon_minitime

Back to top Go down
 
Sesi Pedidikan Jasmani : fasa lompat tinggi
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Darah tinggi: Ambil serius!...

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
nostalgia ® :: Info dan Tips :: Pendidikan-
Jump to:  
Create a forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Forumotion.com