nostalgia ®
sila register untuk mendapatkan kepuasaan yang tiada tandingan...bersama nostalgia!!
nostalgia ®
sila register untuk mendapatkan kepuasaan yang tiada tandingan...bersama nostalgia!!
nostalgia ®
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Nostalgia Community 2009-2010 ®
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Free Our Mind
Mari Bersama-sama Dalam Dalam Perjuangan Jihad Cyber
Free Our Mind Crew © 2009
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» org pro nak masuk
Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeby just smile Thu Dec 13, 2012 12:42 pm

» How To hack Streamyx Account
Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeby just smile Wed Dec 12, 2012 10:24 am

» IZ FIBER menyelesaikan masalah sembelit, berat badan dan perut buncit
Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeby intan az Sat Jan 29, 2011 7:28 pm

» 5 Pantang Larang & 6 Syarat Pemakanan Elak Obesiti
Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeby intan az Sat Jan 29, 2011 7:26 pm

» Del Toro: Hari Pertamaku di Nostalgia Community! Sila beri tunjuk ajar...huhu!
Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeby Ran Del Toro Thu Nov 18, 2010 7:17 am

» Internet Paling Laju Di Dunia!-40GBps
Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeby uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sun Nov 14, 2010 10:48 pm

» mama jaapar is here nokss....
Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeby Ran Del Toro Sat Sep 11, 2010 10:07 am

» Mari Berbalas Pantun
Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeby unknow Sun Aug 08, 2010 11:06 pm

» SMS FREE (Untuk Celcom)
Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeby unknow Sun Aug 08, 2010 10:24 pm

» mana sume org
Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeby uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sat Jul 10, 2010 5:05 pm

» Kalau terjumpa atau ternampak hantu, apa nak buat?
Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeby noname Sun Apr 11, 2010 8:22 pm

» Berkumpul semula di Nostalgia...
Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeby noname Sun Apr 11, 2010 8:19 pm

» Jin Takut Pada Minyak Wangi...??
Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeby Laksamana Sunan Tue Mar 30, 2010 1:47 am

» Buzz That RapidShare Wait Limit
Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeby mr. O Tue Mar 16, 2010 5:31 am

» salam 1 malaysia
Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeby bridex Fri Mar 05, 2010 5:01 pm

» Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut.
Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeby noname Mon Feb 08, 2010 11:22 pm

» diari korang
Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeby Laksamana Sunan Sat Feb 06, 2010 11:40 pm

» Mozilla Firefox shortcut keys
Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeby waja Tue Jan 19, 2010 11:33 am

» Cara2 mencantikan PC anda..
Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeby Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

» Cara lajukan capaian internet
Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeby Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 322 on Sun Jan 17, 2010 11:19 pm

 

 Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~

Go down 
+3
PiRaTe_KinG
neofairy
Laksamana Sunan
7 posters
AuthorMessage
Laksamana Sunan
Moderator
Moderator
Laksamana Sunan


Posts : 714
Join date : 2009-09-27
Age : 36
Location : dalam jasad manusia

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeThu Oct 08, 2009 4:25 pm

Hukum mandi Wajib
Mandi wajib ataupun mandi junub adalah diwajibkan ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.

Perkara-perkara Yang Membawa Kepada Mandi Wajib
Seorang Muslim perlu mengerjakan mandi wajib dalam keadaan berikut :
• melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.
• jika keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj.
• Keluar air mani kerana bermimpi (wet dream)
• Mati
• Masuk Islam orang yang sebelumnya kafir.
Dari Qais bin Ashim, ia menceritakan bahawa ketika ia masuk Islam, Nabi SAW menyuruhnya mandi dengan air dan bidara (HR. At Tirmidzi no. 602 dan Abu Dawud no. 351, disahihkan oleh Syeikh Albani dalam Irwaa’ul Ghalil no. 128)
• Keluar darah haid “Jika datang haid, maka tinggalkan solat. Dan jika telah lewat, maka mandi dan Solatlah” (HR. Al Bukhari no. 320, Muslim no. 333, Abu Daud no. 279, At Tirmizi no. 125 dan An Nasa’i I/186)”
• Nifas
• Melahirkan anak (Wiladah)

Rukun Mandi Wajib
Rukun Mandi ada tiga perkara meliputi
• Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan)
• Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
• Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)

Niat Mandi Wajib
Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala." Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan. Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." manakala bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala". Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib dan dengan itu tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia hanya sekadar mengerjakan mandi biasa (mandi adat), dan masih terikat dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang berhadas besar.

Cara Mandi Wajib
Mandi wajib hendaklah dikerjakan menggunakan menggunakan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan, dan tidak sah jika menggunakan air yang bukannya air mutlak. Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berdasarkan hadis dari Aisyah ra., “Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu beliau mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.
1. Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .
2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.
5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.
7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
10. Membasuh kaki.
Jika dia mandi dengan menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari. Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan diuraikan rambut. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai. Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Najis Di Badan
Jika ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dgn mandi wajib iaitu membasuh najis dgn mandi wajib itu boleh disekalikan (Imam Nawawi) untuk memenuhi rukun kedua mandi wajib.

Keperluan Mengambil Wuduk
Seseorang yang telah mengerjakan mandi wajib tidak perlu mengambil wuduk semula untuk mengerjakan solat dengan syarat dia tidak melakukan perkara yang membatalkan wuduk selepas dia mengerjakan mandi wajib. Jika terbatal, dia perlu hanya mengambil semula wuduknya sahaja.

Sunat-Sunat Mandi Wajib
Pada masa mandi kita disunatkan menghadap kiblat, membaca bismillah, membasuh tangan, mengambil wuduk, mengosok-gosok seluruh badan, tertib dan muwalat, iaitu berturut tanpa putus. Bagi wanita yang mandi disebabkan haid dan nifas, disunatkan menggunakan perfume selepas mandi (afterbath perfume) supaya harum dari bau darahnya.

Perkara Berkaitan Melewatkan Mandi Wajib.
Mandi wajib boleh ditunda dari malam sehingga siang. Dengan itu, pasangan yang berjimak boleh melewatkan untuk mandi wajib sehingga pagi dan mengerjakan mandi wajib sejurus mengerjakan solat subuh, tetapi pasangan itu disunatkan berwuduk sebelum tidur jika ingin melewatkan mandi wajib mereka hingga ke pagi. Orang yang melewatkan mandi wajibnya juga tidak membatalkan puasa dan boleh terus berpuasa, dan puasanya tetap sah selagi mana dia tidak membatalkan puasanya. Seseorang itu boleh melewatkan mandi wajib sebelum solat. Setelah masuk waktu solat, ia wajib mandi sebelum boleh menunaikan solat.

Ragu-ragu
Jika seorang yang mengerjakan solat tetapi ragu-ragu apakah sama ada ia sudah mandi wajib atau belum, maka seluruh solat yang telah dikerjakannya (selama itu) adalah sah, dan untuk solat-solat berikutnya ia harus mandi wajib dahulu.
Dan Jika Tiada Air (Atau Mudarat Tidak Boleh Terkena Air) Menurut Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah rh. (Majmu' Fatawa, 21/396) jika terdapat sebab untuk melakukan tayammum, seperti ketiadaan air, atau tidak dapat menggunakannya akibat sakit, maka tayammum akan menggantikan wuduk dan mandi wajib. Maka seseorang yang junub hendaklah bertayammum lalu bersolat, kemudian apabila ada air (diperbolehkan menggunakan air untuk yang mduarat), maka hendaklah mandi menghilangkan janabahnya tersebut. Daripada Imraan ibn Hussain ra. "bahawa Rasulullah saw melihat seorang lelaki yang menjauhkan diri dan tidak bersolat dengan kaumnya, maka baginda berkata : Ya siFulan, apa yang menghalang kamu dari tidak bersolat dengan kaummu? Dia menjawab : Ya Rasulullah, saya dalam keadaan junub, dan tiada air. Baginda berkata : Kamu hendaklah menggunakan tanah yang bersih, kerana ia mencukupi untukmu..... di dalam riwayat lain Nabi saw menjumpai air dan memberinya kepada orang yang telah menjadi junub tersebut, dan berkata : pergilah siram ini keatas dirimu." [Hadith riwayat al-Bukhari #344 dan #348].
Back to top Go down
neofairy
Admin
Admin
neofairy


Posts : 527
Join date : 2009-09-27
Age : 114
Location : Holy Land, Jurusalem

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeThu Oct 08, 2009 5:55 pm

nice share wan. ingt, jgn lupa mandi wajib...
Back to top Go down
PiRaTe_KinG
Moderator
Moderator
PiRaTe_KinG


Posts : 515
Join date : 2009-09-27

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeThu Oct 08, 2009 7:52 pm

ingat wafi...dah melaksanakan hajat ss tu jangan lupa mandi wajib wahahahahaha
Back to top Go down
neofairy
Admin
Admin
neofairy


Posts : 527
Join date : 2009-09-27
Age : 114
Location : Holy Land, Jurusalem

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeThu Oct 08, 2009 8:29 pm

wakakakaka. asal aku je yg kena nie.
Back to top Go down
cik dalyla
Helper
Helper
cik dalyla


Posts : 387
Join date : 2009-09-27

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeFri Oct 09, 2009 10:04 am

sbb fairy je kot yg kuat SS!
hahhahaahh
Back to top Go down
neofairy
Admin
Admin
neofairy


Posts : 527
Join date : 2009-09-27
Age : 114
Location : Holy Land, Jurusalem

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeFri Oct 09, 2009 1:16 pm

tidakkk!!!!
Back to top Go down
PiRaTe_KinG
Moderator
Moderator
PiRaTe_KinG


Posts : 515
Join date : 2009-09-27

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeFri Oct 09, 2009 1:19 pm

wafi baru datang..baru lepas ss kah?? wahahahahaha!!!
Back to top Go down
neofairy
Admin
Admin
neofairy


Posts : 527
Join date : 2009-09-27
Age : 114
Location : Holy Land, Jurusalem

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeFri Oct 09, 2009 1:20 pm

aduii.. kenapa aku dikaitkan sgn ss nie.. mungkin ss itu, super smart...
Back to top Go down
ainD_Wunan
Anbu Senior
Anbu Senior



Posts : 603
Join date : 2009-10-01
Age : 66
Location : umah atas tanah di planet bumi

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeFri Oct 09, 2009 1:22 pm

biasa eh manjakan ss budak2 ni....jgn lupa ikot info yg diberi oleh wan...

ingat pembaziran amalan syaitan...
Back to top Go down
http://norezschan.blogspot.com
neofairy
Admin
Admin
neofairy


Posts : 527
Join date : 2009-09-27
Age : 114
Location : Holy Land, Jurusalem

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeFri Oct 09, 2009 1:23 pm

aku tidak bersalah..haha
Back to top Go down
PiRaTe_KinG
Moderator
Moderator
PiRaTe_KinG


Posts : 515
Join date : 2009-09-27

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeFri Oct 09, 2009 1:38 pm

ingat tu wafi..jgn membazir ss ok..salurkan ke tempat yg sesuai..hehehehehe..
Back to top Go down
neofairy
Admin
Admin
neofairy


Posts : 527
Join date : 2009-09-27
Age : 114
Location : Holy Land, Jurusalem

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeFri Oct 09, 2009 1:46 pm

asal aku sorang je yg kena ni.. haha. pirate ss diam2, x ngaku.. wakaka
Back to top Go down
PiRaTe_KinG
Moderator
Moderator
PiRaTe_KinG


Posts : 515
Join date : 2009-09-27

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeFri Oct 09, 2009 3:03 pm

rilek wafi..aku tau la bil air ko dah lama tertunggak..wahahahahaha!!!
Back to top Go down
neofairy
Admin
Admin
neofairy


Posts : 527
Join date : 2009-09-27
Age : 114
Location : Holy Land, Jurusalem

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeFri Oct 09, 2009 3:08 pm

hahahahahahahahaha. tidak!! bil elektrik je yg tertunggak.
Back to top Go down
PiRaTe_KinG
Moderator
Moderator
PiRaTe_KinG


Posts : 515
Join date : 2009-09-27

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeFri Oct 09, 2009 3:12 pm

hahahahahaha sebelum nk melunaskan bil air tu mesti de rasa mcm renjatan elektrik hahahahahhaa!!! dua2 bil ko bayar borr..wahahahahaha!!! Laughing
Back to top Go down
ainD_Wunan
Anbu Senior
Anbu Senior



Posts : 603
Join date : 2009-10-01
Age : 66
Location : umah atas tanah di planet bumi

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeFri Oct 09, 2009 3:23 pm

[quote]hahahahahaha sebelum nk melunaskan bil air tu mesti de rasa mcm renjatan elektrik hahahahahhaa!!! dua2 bil ko bayar borr..wahahahahaha!!! Laughing[quote]


dlm byk2 org rasanya macam pirate je sorg yg slalu tak lupa bayar bil...
Back to top Go down
http://norezschan.blogspot.com
noname
Moderator
Moderator
noname


Posts : 55
Join date : 2009-10-02

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeFri Oct 09, 2009 3:24 pm

mandi wajib??...hahahaa..aku hari-hari WAJIB MANDI...kekekekekke!!!...
pirate bayar bil kat kuanter bilik air jer..hehhehehehhe...
Back to top Go down
PiRaTe_KinG
Moderator
Moderator
PiRaTe_KinG


Posts : 515
Join date : 2009-09-27

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeFri Oct 09, 2009 3:46 pm

[quote="ainD_Oracle"][quote]hahahahahaha sebelum nk melunaskan bil air tu mesti de rasa mcm renjatan elektrik hahahahahhaa!!! dua2 bil ko bayar borr..wahahahahaha!!! Laughing
Quote :



dlm byk2 org rasanya macam pirate je sorg yg slalu tak lupa bayar bil...

erkkk..mana ada... Rolling Eyes
Back to top Go down
PiRaTe_KinG
Moderator
Moderator
PiRaTe_KinG


Posts : 515
Join date : 2009-09-27

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeFri Oct 09, 2009 3:46 pm

noname wrote:
mandi wajib??...hahahaa..aku hari-hari WAJIB MANDI...kekekekekke!!!...
pirate bayar bil kat kuanter bilik air jer..hehhehehehhe...

perghhh...hari2?? giler kental borr..wahahahahaha!!!
Back to top Go down
noname
Moderator
Moderator
noname


Posts : 55
Join date : 2009-10-02

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeFri Oct 09, 2009 3:50 pm

mandi wajib ngan wajib mandi lain bro...hehehhe...aku wajib mandi jer setiap pagi..kakakkaka!!...
Back to top Go down
PiRaTe_KinG
Moderator
Moderator
PiRaTe_KinG


Posts : 515
Join date : 2009-09-27

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeFri Oct 09, 2009 3:52 pm

yela tu acik..padahal lepas tgk stok terus g mandi..wahahahahaha!!! lariiiiiiiiiiiiiiiiiii...
Back to top Go down
noname
Moderator
Moderator
noname


Posts : 55
Join date : 2009-10-02

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeFri Oct 09, 2009 4:02 pm

kakakkaa...ada stok baru bro...kikikikiki...lariiiiiiiiiiiiiiii...
Back to top Go down
PiRaTe_KinG
Moderator
Moderator
PiRaTe_KinG


Posts : 515
Join date : 2009-09-27

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeFri Oct 09, 2009 4:24 pm

stok baru?? wahahahahahaha..lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
Back to top Go down
mickhail
Ninja 1
Ninja 1
mickhail


Posts : 16
Join date : 2009-10-06

Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitimeFri Nov 06, 2009 1:34 am

patutlah tgk komen banyak ja kat forum nie.. huhu.. wanita dilarang masuk.. ini perbualan kaum ini...
Back to top Go down
Sponsored content





Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Empty
PostSubject: Re: Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~   Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~ Icon_minitime

Back to top Go down
 
Mandi Wajib Serta Penerangan dan Cara2~
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Cara2 mencantikan PC anda..
» Wanita yang wajib dijauhi oleh orang lelaki

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
nostalgia ® :: Info dan Tips :: Agama-
Jump to:  
Forum create on Forumotion | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Forumotion.com