nostalgia ®
sila register untuk mendapatkan kepuasaan yang tiada tandingan...bersama nostalgia!!
nostalgia ®
sila register untuk mendapatkan kepuasaan yang tiada tandingan...bersama nostalgia!!
nostalgia ®
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Nostalgia Community 2009-2010 ®
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Free Our Mind
Mari Bersama-sama Dalam Dalam Perjuangan Jihad Cyber
Free Our Mind Crew © 2009
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» org pro nak masuk
Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Icon_minitimeby just smile Thu Dec 13, 2012 12:42 pm

» How To hack Streamyx Account
Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Icon_minitimeby just smile Wed Dec 12, 2012 10:24 am

» IZ FIBER menyelesaikan masalah sembelit, berat badan dan perut buncit
Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Icon_minitimeby intan az Sat Jan 29, 2011 7:28 pm

» 5 Pantang Larang & 6 Syarat Pemakanan Elak Obesiti
Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Icon_minitimeby intan az Sat Jan 29, 2011 7:26 pm

» Del Toro: Hari Pertamaku di Nostalgia Community! Sila beri tunjuk ajar...huhu!
Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Icon_minitimeby Ran Del Toro Thu Nov 18, 2010 7:17 am

» Internet Paling Laju Di Dunia!-40GBps
Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Icon_minitimeby uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sun Nov 14, 2010 10:48 pm

» mama jaapar is here nokss....
Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Icon_minitimeby Ran Del Toro Sat Sep 11, 2010 10:07 am

» Mari Berbalas Pantun
Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Icon_minitimeby unknow Sun Aug 08, 2010 11:06 pm

» SMS FREE (Untuk Celcom)
Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Icon_minitimeby unknow Sun Aug 08, 2010 10:24 pm

» mana sume org
Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Icon_minitimeby uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sat Jul 10, 2010 5:05 pm

» Kalau terjumpa atau ternampak hantu, apa nak buat?
Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Icon_minitimeby noname Sun Apr 11, 2010 8:22 pm

» Berkumpul semula di Nostalgia...
Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Icon_minitimeby noname Sun Apr 11, 2010 8:19 pm

» Jin Takut Pada Minyak Wangi...??
Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Icon_minitimeby Laksamana Sunan Tue Mar 30, 2010 1:47 am

» Buzz That RapidShare Wait Limit
Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Icon_minitimeby mr. O Tue Mar 16, 2010 5:31 am

» salam 1 malaysia
Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Icon_minitimeby bridex Fri Mar 05, 2010 5:01 pm

» Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut.
Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Icon_minitimeby noname Mon Feb 08, 2010 11:22 pm

» diari korang
Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Icon_minitimeby Laksamana Sunan Sat Feb 06, 2010 11:40 pm

» Mozilla Firefox shortcut keys
Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Icon_minitimeby waja Tue Jan 19, 2010 11:33 am

» Cara2 mencantikan PC anda..
Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Icon_minitimeby Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

» Cara lajukan capaian internet
Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Icon_minitimeby Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests

None

Most users ever online was 322 on Sun Jan 17, 2010 11:19 pm

 

 Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui?

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Caliph An-Nur
Helper
Helper



Posts : 8
Join date : 2009-10-05

Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Empty
PostSubject: Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui?   Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Icon_minitimeWed Oct 07, 2009 8:11 pm

Kisah 1:

“Pernah suatu ketika, Saidina Umar R.A. cedera dan banyak darah yang keluar. Beliau pengsan lalu ada seorang tabib/doktor yang ingin menyedarkannya. Setelah gagal mencuba, seorang sahabat berkata : Cubalah kau bisikkan pada telinganya, “telah masuk waktu solat”, nescaya dia akan bangun. Ternyata, Saidina Umar terbangun mendengar bisikan tersebut.”


Kisah 2:

“Ketika Tariq bin Ziad telah sampai dari pelayarannya bersama pejuang-pejuang Islam ke sebuah pulau, dibakarnya kapal lalu dikatakan kepada mereka : “Kamu semua ada dua pilihan, samada maju ke hadapan berjihad atau mati syahid di medan pertempuran.” Tiada lagi jalan pulang untuk mereka kerana kapal telah dibakar, dan di belakang mereka adalah lautan.”


Kisah 3:

“Rabiatul Adawiyah tidak mahu berkahwin walaupun yang meminangnya orang yang hebat. Atas alasan, cinta kepada Allah tiada tolok bandingnya dengan cinta manusia.”


Kisah 4:

“Seorang alim, bersandar di bawah sebuah pohon di tepi sungai. Beliau telah terlihat sebuah epal hanyut dari sungai tersebut. Beliau lalu mengambil dan memakannya untuk menghilangkan rasa lapar. Setelah itu terasa kurang enak di hati lalu berusaha mencari siapa pemilik epal untuk meminta maaf dan mohon dihalalkan. Apabila berjumpa dengan pemilik epal, maaf hanya diberikan jika si alim tersebut bekerja untuknya 10 tahun.

Setelah 10 tahun berlalu, masih lagi ada syarat tambahan. Iaitu terpaksa menikahi anak gadis pemilik epal tersebut. Namun kata si pemilik epal anaknya buta, pekak dan bisu. Kerana ingin mengharapkan maaf dan halal dari pemilik epal, si alim rela untuk dinikahkan. Tetapi Allah telah mengurniakan rahmatNya kepada si alim tersebut, anak gadis itu rupanya tidak buta, pekak mahupun bisu bahkan cantik rupawan. Itulah akibatnya orang yang baik dan alim….”

Penerangan:

Nyata amat menginsafkan. Betapa sahabat amat sensitif dengan waktu solat dan berjihad kerana Allah untuk syahid tanpa ada niat untuk pulang atau berputus asa. Betapa sucinya wanita tidak mahukan cinta lelaki hanya mendambakan cinta Allah. Betapa zuhud dan rendah dirinya seorang alim untuk menjaga makanan yang halal. Yang mendengarnya jadi kagum. Insaf. Teruja. Dan terasa rendah diri.

Tetapi dari manakah sumber cerita ini? Adakah ianya benar-benar terjadi atau bayangan seorang penglipur lara? Bayangan bahawa kehebatan Islam itu begitu dan begini…

Islam itu hebat, unggul, tetapi telah dicemari dengan kisah-kisah yang ‘menumpulkan minda’. ISLAM dipenuhi dengan pelbagai kisah-kisah AJAIB. Tanpa usul periksa, tanpa diselidik latar belakang dan kesahihannya, kisah-kisah itu disebarkan. Islam di’sensasi’kan. Islam di’gempaq’kan. Tanpa ada usaha pembuktian untuk mencari kebenaran fakta dan dalil, manusia hanya percaya…

Kisah 1 : Seseorang yang tidak sedar (unconscious) kerana kehilangan banyak darah dan kekurangan bekalan oxygen untuk tubuh, mampu bangun dengan suatu bisikan. Subhanallah! Menjadi penambah keimanan kepada orang mukmin tetapi bahan tawa dan gurauan para saintis perubatan. Islam itu sempurna, ianya tertegak dengan ilmu dan fakta. Jangan malukan Islam dengan kerendahan ilmu perubatan kita.

Kisah 2 : Seorang panglima perang, yang amanah dan ikhlas, telah membakar kapal atas tujuan untuk ‘membakar’ semangat pejuang-pejuang Islam. Padahal kapal tersebut adalah harta orang- orang Muslim. Justeru membakarnya adalah suatu pembaziran yang besar! Islam itu adil, jangan cacatkan Islam dengan ‘semangat melulu’ dan dusta.

Kisah 3 : “Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku. Nescaya Allah mecintaimu dan mengampunkan dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun Maha Penyayang.” Surah Ali-Imran 3:31

Cintai Allah adalah dengan mengikut apa yang diajar dan dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda amat suci, lebih suci dari seluruh wanita di dunia, lebih suci dari seluruh manusia, namun masih bernikah dan berumahtangga. Salah satu dari sunnah yang mulia. Siapakah yang lebih layak diikuti dan dicontohi? Islam itu fitrah, jangan sempitkan Islam dengan kenyataan yang ‘luar biasa’.

Kisah 4 : Seseorang tidak dimaafkan kerana memakan epal yang hanyut di sungai, yang kalau dibiarkan juga akan rosak. Disuruh bekerja –dibuat perjanjian- namun ditambah lagi hukuman untuk bernikah. Anak gadis yang buta, pekak dan bisu rupanya sempurna dan rupawan. Dimanakah sunnahnya bernikah tanpa melihat pasangan? Islam itu mudah, jangan dipersusahkan dengan kecetekan fikiran kita.

Nota Kaki: Tiada penafian pada kisah-kisah ghaib yang sahih, cuma tidak perlu Islam ini dibanggakan dengan cerita-cerita sebegitu. Hendak mengajak pada Islam tidak perlu pada kisah ajaib, cukup dengan ‘fact n figure’ dalil dari quran dan sunnah. Kerana kebanyakan orang yang ‘beriman terkejut’ seperti selepas mendengar cerita bertukar jadi khinzir, jadi anjing dan sebagainya ini tidak lama. Selepas dari melihat tulisan ‘Allah’ di pokok atau sebagainya. Iman seperti ini iman yang tidak kekal. Seperti Bani Israel yang beriman apabila diselamatkan Allah dengan mukjizat-mukjizat Nabi Musa, berasa kagum, namun apabila kembali susah, mereka mempersoalkan kenabian Nabi Musa A.S. Tetapi jika iman dibina atas dasar ilmu dan aqidah yang kuat, ia takkan goyah. Mari bersama mencari Islam yang sebenar. Wallahu’alam…
Back to top Go down
http://caliphannur.blogspot.com/
waja
Genin
Genin
waja


Posts : 58
Join date : 2009-09-29

Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Empty
PostSubject: Re: Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui?   Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui? Icon_minitimeWed Oct 07, 2009 9:04 pm

hmmm no komen
Back to top Go down
 
Kisah-kisah "Ajaib" Islam Yang Diragui?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kisah sedey sang monyet
» Kisah Cinta Dari China
» 10 jenis orang Islam yang kejam
» PANDUAN KESIHATAN SECARA ISLAM
» Rahmat menjadi wanita Islam

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
nostalgia ® :: Info dan Tips :: Agama-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Forumotion.com