Mungkin ada dikalangan anda yang tertanya-tanya kenapa ada user yang mempunyai nama yang berwarna lain dengan title sebagai Helper. Jadi, mari saya terangkan kepada korang semua apa itu Helper yang sebenarnya.
Apa itu Helper?
Helper bermula daripada idea yang diusulkan oleh ~~++[mr.unknown]++~~ untuk mewujudkan satu kumpulan yang membantu ahli forum yang lain di forum ini. Mereka-mereka ini merupakan ahli forum yang telah terpilih untuk membantu kalian semua di Forum. Mereka-mereka ini hanya dilantik sebagai Helper setelah berjaya melalui beberapa peringkat interview dan dipersetujui oleh saya dan juga ~~++[mr.unknown]++~~, Smile, Efairy. :d Jadi, mereka-mereka yang mempunyai title Helper ini bukanlah calang-calang orangnya. Hebat-hebat mereka ini.
Peranan Helper?
Helper berperanan dalam membantu ahli-ahli forum yang mempunyai masalah di Forum dan inginkan pendapat untuk masalah mereka. Mereka juga merupakan ahli forum yang setia serta memberikan kerjasama yang baik sepanjang mereka di forum ini.
Kami memberikan kepercayaan yang tinggi kepada mereka dalam membantu kami di forum ini. Tetapi janganlah anda hanya mengharapkan kepada Helper sahaja kerana ahli-ahli yang lain juga dapat membantu anda sekiranya anda mempunyai masalah dan inginkan pendapat dalam bercinta.
Bagaimana cara pemilihan dibuat?
Semua ahli forum berkelayakan untuk menjadi Helper. Tetapi Helper tidak akan menjadi satu yang istimewa jika ia dimiliki oleh semua orang. Oleh itu, kami akan memantau setiap posting yang dibuat oleh ahli forum dan mereka yang dilihat berkebolehan untuk menjadi Helper akan dijemput untuk menghadiri sesi interview yang berperingkat-peringkat. Jika setiap interview itu dihadapi dengan baik sekali, mereka itu akan dilantik sebagai Helper setelah kami setuju dengan perlantikannya.
Namun begitu...
Namun begitu, janganlah jadikan Helper sebagai tujuan utama anda untuk berada di forum ini. Forum merupakan sebuah forum yang dibuat bagi membantu sesama kita dalam berkongsi masalah dan juga pendapat dalam apa-apa info. Jadi, teruskan posting dan pastikan ianya tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan bagi menjaga kesejahteraan ahli forum yang lain.
Diharapkan dengan adanya Helper ini, forum ini akan menjadi lebih mantap dan lebih dikenali sebagai sebuah keluarga yang sedia membantu dan dibantu.